Kenangan manis Masjid Kg Bengkurong. Semoga dengannya hubungan kita semua sekampong semakin erat. Semoga segala kenangan manis diingat semua dan semoga amal Ibadat kita semua diterima Allah swt.
Assalamu Alaikum. Al Hamdulillah, Wassalamu Ala Rasulillah Saw. Wa Ala Aalihi Wa Sahbihi Wa Baarik Wassalam Syukur kepada Allah swt yang mengurniakan saya ilham untuk menulis blog mengenai hal ehwal Masjid Kampung Bengkurong. Semoga Blog masjid ini akan menjadi ilham kepada masjid masjid yang lain untuk sama sama membuatnya, demi untuk memberikan maklumat yang tepat dan sentiasa update mengenai kegiatan kegiatan masjid, sumbangan jemaah dan sumbangan penduduk karyah berupa makanan, tenaga dan juga masa di masjid ini dan juga di persekitarannya. In sya Allah, mudah mudahan blog ini juga nanti akan memberikan sumbangan berbentuk video video ceramah yang di adakan di masjid Bengkurong, video kegiatannya dan lain-lain. Semoga ahli karyah masjid ini dan semua rakyat Brunei dan juga seluruh umat Islam akan sudi melawat dan melihat perkembangan blog ini dan perkembangan update kegiatan masjid dari waktu ke waktu.
Masjid kampong Bengkurong terletak kira-kira 7km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina dalam tahun 1984 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pada tahun 1986 dengan perbelanjaan kira-kira $250,000.00. Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan, pada hari Jumaat, 8hb. Rejab, 1408 bersamaan dengan 26hb. Februari, 1988. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah. Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pembesaran telah dimulakan pada akhir tahun 1990 dan siap pembinaannya pada 14hb. April, 1991 sehingga boleh menampung seramai 800 orang jemaah. Pada masa ini, Pegawai-Pegawai Masjid yang bertugas dalam Masjid ini adalah seramai 4 orang iaitu Seorang Pegawai Hal Ehwal Masjid, Seorang Imam,Seorang Bilal dan Seorang Buruh. Masjid ini mempunyai Ahli Jawatan Kuasa Takmir Masjid yang terdiri dari Jemaah-Jemaah Masjid yang be...
Comments
Post a Comment